주메뉴 바로가기 본문 바로가기
  • Rasanya yang manis telah memikat selera orang ramai di seluruh dunia,Strawberi jenama
    K-BERRY
    KOREAN STRAWBERRY
  • Strawberi premium Korea,Yang disukai ramai di seluruh dunia
    K-BERRY
    KOREAN STRAWBERRY
  • Dieksport ke 26 buah negara di seluruh dunia,dan merupakan pengeksport ke-9 terbesar di dunia
    K-BERRY
    KOREAN STRAWBERRY
Syarikat K-BERRY Sdn. Bhd.

adalah sebuah organisasi integrasi eksport yang merupakan satu kerjasama antara pengeluar dan pengeksport strawberi.

Selaras dengan pembangunan revolusi perindustrian 4.0 dan perubahan dasar pertanian yang pesat, anjakan paradigma strawberi Korea berubah ke arah pengurusan dan perusahaan anak benih, pengurusan tanaman, latihan teknikal dan penerapan teknologi pemeliharaan kesegeraan strawberi.

Selaras dengan pasaran makanan pertanian yang sentiasa berkembang, syarikat K-BERRY Sdn. Bhd. adalah syarikat yang sentiasa berusaha menerusi kawalan kualiti yang menyeluruh daripadaaspek pengedaran dan pendidikan, pengeluaran dan penggunaan pelbagai jenis strawberi yang berkualiti, sesuai dengan citarasa seluruh dunia. Syarikat K-BERRY Sdn. Bhd. telah mendapat sijil pengiktirafan pensijilan GAP.

Business area
Korea Selatan adalah pengeksport strawberi No. 1 Asia, memikat selera pengguna 26 negara di seluruh dunia.
* Negara eksport utama : Hong Kong, Singapura, Thailand, Vietnam, Malaysia dll. * Lain-lain :Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Rusia, Mongolia, Taiwan.
Korean Strawberry
Rasanya yang manis telah memikat selera orang ramai di seluruh dunia, Strawberi jenama K-BERRY
  • STEP 01
    Peningkatan kualiti

    Perolehan teknologi canggih

    Sokongan penyediaan benih yang berkualiti

    Sokongan keselamatan perniagaan

  • STEP 02
    Peningkatan logistik

    Sokongan logistik yang cekap

    Pengedaran Rantaian Sejuk

    Sokongan pemasaran eksport

  • STEP 03
    Kawalan Kualiti

    Pengendalian sistem pengurusan berkualiti

    Sokongan dalam pemeriksaan keselamatan

    Sokongan dalam penambahbaikan bungkusan

  • STEP 04
    Organisasi dan pengurusan operasi

    Jemputan pakar pengeksport

    Pembangunan program pengurusan organisasi

    Pemupukan pakar pengeksport

  • 01
    Kami mengutamakan persekitaran yang memberi manfaat kepada manusia dan alam semula jadi.
    Standard Keselamatan
    Protokol keselamatan yang ketat
    Pengurusan keselamatan pengeluaran dari ladang

    Menghasilkan strawberi yang segar dan bersih dengan mematuhi piawaian racun perosak mengikut sistem PLS (Positive List System) Korea yang ketat.

    Standard keselamatan dipatuhi di setiap negara eksport

    Kami mengeksport melalui sistem pengurusan standard yang sistematik seperti pemeriksaan standard yang dibenarkan bagi had racun perosak di setiap negara agar pengguna luar negara mempercayai produk kami.

  • 02
    Daripada keselamatan hinggalah keselesaan minda
    Quality Control
    Kawalan Kualiti
    Ladang mendapat pengiktirafan GAP sebagai pengurusan cemerlang

    Ini adalah sijil pengiktirafan yang diberikan kepada ladang-ladang yang mencapai prestasi pengurusan yang baik dalam aspek kawalan kebersihan standard dalam persekitaran pertanian.

    Pengurusan dan sejarah pengeluaran

    Bagi menghasilkan strawberi yang sihat dan selamat kepada pengguna, sejarah ID pengeluar digunakan dan pengurusan mengikut piawaian pada setiap peringkat diperketat bagi menyekat pencemaran mikro organisma berbahaya.

    Pembinaan sistem pengurusan ERP

    Daripada pembentukan sistem ERP, kami mengurus semua data organisasi bersepadu eksport strawberi Korea untuk memperkuatkan daya saing dan pengendalian sistem operasi seperti penghantaran, logistik, penjualan dan kos secara sistematik dan berkesan.

  • 03
    Diurus dengan selamat dan lebih segar dari ladang hinggalah ke meja makan.
    Sistem logistik
    Revolusi Pengurusan Logistik
    Sistem logistik

    Segala proses yang bermula daripada persekitaran tanaman, pembungkusan, eksport, kuarantin, dan penghantaran ke luar negara dikendalikan dengan ketat. Aroma dan rasa strawberi yang berkualiti tinggi boleh dinikmati oleh pengguna apabila strawberi sampai kepada mereka.

    Sistem pembungkusan untuk penjenamaan bersama

    Kami berusaha untuk memberikan strawberi yang berkualiti tinggi, kawalan kualiti yang ketat, sistem pengedaran yang stabil, dan memperkuatkan daya saing di luar negara melalui pengenalan kepada sistem penjenamaan bersama yang menggabungkan semua proses, bermula daripada pengeluaran hinggalah pengedaran eksport.

  • 04
    Dengan aplikasi “Sistem Rantaian Sejuk” kerosakan buah strawberi boleh dikurangkan dan kesegeran boleh dikekalkan dalam tempoh yang lebih lama.
    Cold Chain System
    Sistem Rantaian Sejuk
    Strawberi Korea dieksport ke seluruh dunia melalui perkembangan teknologi baru yang mengekalkan kesegaran strawberi.

    Sistem ini mengekalkan kesegaran strawberi dengan menggunakan rawatan karbon dioksida (CO₂) dan klorin dioksida (ClO₂) secara serentak melalui proses komplikasi pemeliharaan kesegaran untuk meningkatkan kekerasan, mengelakkan kerosakan dan memanjangkan jangka hayat penyimpanan strawberi. Kesegaran strawberi Korea yang lebih segar boleh dinikmati seluruh dunia apabila strawberi dibungkus dengan menggunakan filem MA (Modified Atmosphere) bagi mengekalkan kesegaran serta melambatkan proses kematangan buah dengan mengawal persekitaran gas di dalam bungkusan.

    *Proses kompleks untuk mengekalkan kesegaran : Kekerasan strawberi meningkat sebanyak 1.5-2 kali ganda dan menghapuskan kebanyakan bakteria yang ada di dalam udara.

    *Fungsi bekas MA : Melambatkan proses kematangan serta memanjangkan tempoh kesegaran selama 2-3 hari lebih lama jika dibandingkan dengan penggunaan bahan pembungkusan sedia ada di pasaran.

  • Maehyang
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Maehyang

    “Maehyang” adalah sejenis strawberi yang mempunyai aroma tersendiri, tekstur yang baik dengan rasa masam manis. Ia adalah kualiti strawberi terbaik dengan jangka hayat yang panjang serta rasanya yang manis.

    • Nama Varieti
      Maehyang
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Gyeongsangnam-do Jinju-si
    • Ciri-ciri
      Berbentuk kon yang panjang dan keras
    • Perisa
      Rasa yang menyegarkan dengan aroma lembut
  • Kuemsil
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Kuemsil

    Strawberi premium yang mempunyai rasa manis yang kuat dengan aroma buah pic. Strawberi ini adalah strawberi premium. Strawberi ini diberi nama “Kuemsil” ekoran rasanya yang sangat manis serta kaya dengan aroma buah pic.

    • Nama Varieti
      Kuemsil
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Gyeongsangnamdo
    • Ciri-ciri
      Saiz kecil yang mempunyai kekerasan yang baik
    • Perisa
      Kandungan gula yang tinggi dan rasa yang sangat sedap
  • Sulhyang
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Sulhyang

    Strawberi ini mempunyai keseimbangan gula dan asid, selain mempunyai ciri khas seperti isi buah yang lembut dan berjus. Berwarna merah cerah dan berbentuk kon, ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan hanya sedikit rasa masam.

    • Nama Varieti
      Sulhyang
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Gyeongsangnam-do, Chungcheongnam-do
    • Ciri-ciri
      Berbentuk segi tiga, warna merah cerah
    • Perisa
      Isi buah yang lembut dengan kandungan gula yang tinggi
  • King’s Berry
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - King’s Berry

    King’s Berry, raja strawberi, merupakan jenis strawberi yang memiliki saiz dan Perisa lebih dua kali ganda! Ciri-ciri khas strawberi ini boleh dilihat pada isi buahnya yang lembut dan kandungan gula yang tinggi. Strawberi jenis ini adalah jenis strawberi premium yang kaya dengan rasa, jus dan aroma buah pic yang manis dan menarik.

    • Nama Varieti
      King’s Berry
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Chungcheongnam-do Nonsan-si
    • Ciri-ciri
      Berbentuk separuh bulat, saiz 2 kali ganda besar berbanding strawberi biasa
    • Perisa
      Rasa manis meningkat terutama pada bahagian bawah yang runcing
  • Altaking
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Altaking

    Strawberi yang penuh dengan kewangian buah pic! Oleh kerana dagingnya yang pejal, ia dinilai sebagai strawberi premium. Ia adalah strawberi mewah dengan nisbah gula-asid yang sesuai.

    • Nama Varieti
      Altaking
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Gyeongsangbuk-do, Chungcheongnam-do
    • Ciri-ciri
      Buah besar, berbentuk roket
    • Perisa
      Dicirikan oleh kewangian pic dan kandungan gula yang tinggi
  • Highberry
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Highberry

    Rasa boleh dinikmati pada gigitan pertama! Sama seperti nama High, ia mempunyai kekerasan yang tinggi dan kulit yang keras. Ia cair dalam mulut anda pada masa yang sama mempunyai tekstur lembut. Rasanya sangat baik dan permukaannya licin, seperti gula-gula kapas yang cair di mulut.

    • Nama Varieti
      Highberry
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Chungcheongnam-do, Gyeongsangnam-do
    • Ciri-ciri
      Berbentuk telur, warna buah merah terang
    • Perisa
      Daging buah lembut dan rasa yang sangat sedap
  • Snowberry
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Snowberry

    Strawberi merah jambu lembut seperti kepingan salji! Tidak sama seperti strawberi konvensional. Seperti namanya, kulit buahnya berwarna merah jambu dan tekstur lembut seperti makan salji.

    • Nama Varieti
      Snowberry
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Hadong, Gyeongsangnam-do
    • Ciri-ciri
      Ia berwarna merah jambu lembut di bahagian luar, bertukar ke warna putih dalam buah
    • Perisa
      Tekstur lembut dan manis
  • Daewang
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Daewang

    Sebagai varieti buah sederhana besar, ia mempunyai nisbah gula-asid yang sesuai dan rasanya yang enak, dan boleh dituai sehingga lewat musim bunga. Khususnya, daging buah di dalam pulpa adalah padat, jadi ia mempunyai tekstur yang rangup dan mudah dikunyah. Rasanya sangat sedap.

    • Nama Varieti
      Daewang
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Gyeongsangnam-do
    • Ciri-ciri
      Varieti buah berbentuk kon, sederhana besar dengan warna merah jambu
    • Perisa
      Bau madu yang kuat, keasidan rendah, kemanisan dan jus yang banyak
  • Goseul
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Goseul

    Tangkai bunga tumbuh dengan baik walaupun pada suhu tinggi, jadi ia juga dipanggil strawberi musim panas. Sejenis strawberi yang mempunyai kelebihan berbanding strawberi musim sejuk yang berkualiti tinggi seperti dari segi kandungan gula, rasa dan saiz. Rasa manis dan masam yang harmoni.

    • Nama Varieti
      Goseul
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Gyeongsangbuk-do, Chungcheongnam-do
    • Ciri-ciri
      Bentuk kon kecil dengan warna merah terang
    • Perisa
      Gabungan rasa masam dan manis
  • Arihyang
    strawberry
    Strawberi eksport K-BERRY - Arihyang

    Ia mempunyai kandungan vitamin C dan antosianin yang tinggi, kewangian yang unik untuk Arihyang, dan rasa masam manis. Ia adalah varieti premium yang mempunyai ciri jus berair, buah yang besar dan padat serta mempunyai jangka hayat yang panjang.

    • Nama Varieti
      Arihyang
    • Pembangunan baka
      Korea
    • Wilayah tempatan
      Hongseong-gun, Chungcheongnam-do
    • Ciri-ciri
      Bentuk kon bujur, warna merah terang
    • Perisa
      Kewangian unik Arihyang, rasa masam manis
K-BERRY Recipe
Strawberi terbaik yang segar di dalam mulut Cara-cara lain untuk menikmati strawberi yang manis
  • Smoothie strawberi

    ① Buang hujung strawberi dan basuh dengan air hingga bersih dan bekukan dalam peti ais.

    ② Masukkan strawberi beku ke dalam pengisar bersama susu dan kisar hingga halus.

    ③ Masukkan sirap vanila atau krim putar di atassmoothie yang telah siap.

  • Wafel Strawberi

    ① serbuk wafel, susu, telur dan kacau hingga sebati.

    ② Panaskan mentega pada kuali dan masak wafel.

    ③ Letakkan strawberi, krim segar atau aiskrim atas wafel.

  • Canapé strawberi

    ① Basuh buah strawberi dengan bersih dan potong mengikut saiz yang diingini.

    ② Letakkan buah strawberi yang telah dipotong atas biskut.

    ③ Letakkan biskut dan strawberi tersebut di atas sekeping keju.

K-BERRY Tip
Cara mencuci dan penyimpanan
Cara mencuci buah strawberi

Berbanding dengan buah-buahan lain, isi buah strawberi adalah lembut. Makanya cara terbaik untuk mencucinya secara perlahan di bawah air yang mengalir. Jika strawberi direndam di dalam air selama lebih daripada 39 saat, vitamin C dalam buah akan larut ke dalam air dan mengurangkan rasa strawberi. Basuh dengan perlahan di bawah air mengalir dan bilas menggunakan cuka atau air garam dengan cepat.

Cara menyimpan strawberi

Simpan strawberi dengan batangnya sekali kerana jika batang dibuang, kandungan air dalam buah boleh tersejat. Strawberi harus disimpan dalam kotak kertas kerana jika disimpan dalam bekas plastik,ia mudah berkulat. Simpan pada suhu 1°C-5°C atau bekukan dalam bekas plastik di dalam peti ais.

Pertanyaan
Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai K-BERRY?
Sila hubungi kami pada bila-bila masa.
Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk K-BERRY?
Sila hubungi kami dan kami akan memberi maklum balas.
MON~FRI / 09:00 AM - 06:00 PM
Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk K-BERRY?
Sila hubungi kami melalui e-mel dan kami akan membalasnya secepat mungkin.
MONDAY - SUNDAY / 24H